Login Help Register
..aza_88..
~ HIDUP adalah ANUGERAH ~

Tentang : aza_88

Nama Gelaran aza_88
Umur 35
Jantina Perempuan
Bandar
Negeri/Negara Malaysia
Status Perkahwinan Belum Berkahwin
Kaum Malay


Kaunter Hit : 4437

Komen Terkini
cinta sejati
salam wat cucu... (atokk_KLIA)
9 May 2008 11:25 AM

cinta sejati
Lagi kata2 yang... (Yang At Hart)
9 May 2008 11:25 AM

cinta sejati
betul tu..nana... (mikito chika)
9 May 2008 11:25 AM


Kategori
  • Tiada Kategori

Blog Kegemaran

Penyokong Blog

Arkib



Friday, May 9, 2008

cinta sejati

"apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.."


Tag/Label :
Dipostkan @ 11:25 AM | 11 Komen | Report Abuse

Thursday, May 8, 2008

kaya

"kaya jiwa lebih baik daripada kaya harta.."


Tag/Label :
Dipostkan @ 02:05 PM | 11 Komen | Report Abuse

Wednesday, May 7, 2008

hari ini dan esok...

"hari ini kuat mengilai tawa..esok mungkin sebak berderai airmata..."


Tag/Label :
Dipostkan @ 09:40 AM | 11 Komen | Report Abuse

Tuesday, May 6, 2008

kebijaksanaan

kebijaksanaan boleh menjanjikan kekayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan membawa penderitaan..


Tag/Label :
Dipostkan @ 08:34 AM | 9 Komen | Report Abuse

Monday, May 5, 2008

emosi

orang yang mengikut emosinya akan kehilangan adabnya...


Tag/Label :
Dipostkan @ 08:03 AM | 12 Komen | Report Abuse

Sunday, May 4, 2008

ikhlas

"keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yg hitam pada malam yg kelam..ianya wujud..tp amat sukar untuk dilihat.."


Tag/Label :
Dipostkan @ 08:32 AM | 4 Komen | Report Abuse

Saturday, May 3, 2008

apa dlm baju..

buai laju-laju

sampai pokok sena

apa dalam baju

lampu otromen nyaler..?:)) 


Tag/Label :
Dipostkan @ 07:53 AM | 7 Komen | Report Abuse

Friday, May 2, 2008

bagaimana..?

aku berlari-lari ke kaki langit
mahu bertanya pd pelangi tapi malangnya tak sempat
mahu tanyakan pd matahari tapi sedihnya terlambat
mencari jawapan di  tengah lembah tapi tiada yang endah...
 
aku hanya bertanya sendiri dan aku betul-betul tak tahu
bagaimana menyentuh jiwa sehingga hilang air matanya
bagaimana memegang hati sehingga hangat telapak tangannya
bagaimana mengerti cinta sampaikan menjadi miliknya... 


Tag/Label :
Dipostkan @ 08:01 AM | 12 Komen | Report Abuse

Thursday, May 1, 2008

salam 1 MEI 2008

"kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah"

~ pekerja produktif negara kompetitif ~


Tag/Label :
Dipostkan @ 08:01 AM | 8 Komen | Report Abuse

Wednesday, April 30, 2008

' sang semut besi '

sang semut besi yg kuat dan gagah
punya pendirian dan juga pegangan
tp syg ego setinggi kapal terbang
sudi menolong tp x mahukan bantuan..
 
sang semut besi tiada tandingan
kuat tubuhnya tegap jasadnya
rajin bekerja tulangnya ringan
tp syg prejudis pd si teman..
 
sang semut besi x perlukan teman
teman di sisi pula cuba utk faham
ego dan maruah dijdkan pegangan
hilang panduan hilanglah teman..
 
sang semut besi x perlukan bantuan
tiada yg diperlukan kecuali dirinya seorang
tp dia lupakan pd suatu pendirian
"bukankah kita semua semut2 di tirai kehidupan..?"


Tag/Label :
Dipostkan @ 07:22 AM | 9 Komen | Report Abuse

Tuesday, April 29, 2008

wajah siapa itu..?

Aku renung si wajah itu
ku terus renung
ku renung dari jauh
namun aku tersalah lagi..!
 
bukan wajah si dia..!
wajah siapakah itu..?
apakah dia masih di situ..? 
tolong katakan padaku..!
 
saat dan ketika ini..
aku sudah jadi bingung..
aku sudah bengong..
aku takut untuk merenung..
takut tersalah lagi..!
 
siapakah si wajah itu..?
tolong katakan padaku..!! 


Tag/Label :
Dipostkan @ 08:03 AM | 12 Komen | Report Abuse

Monday, April 28, 2008

friendship

friendship is a promise made in the heart..
silent..
unwritten..
unbreakable by distance..
unchangeable by time..


Tag/Label :
Dipostkan @ 08:57 AM | 12 Komen | Report Abuse

Sunday, April 27, 2008

alangkah ruginya..

alangkah ruginya pengorbanan
dan aku terkapar gersang
alangkah ruginya kesetiaan
dan aku sehayat dilupakan
alangkah ruginya kerinduan
dan aku selamanya ditinggalkan...


Tag/Label :
Dipostkan @ 08:48 AM | 7 Komen | Report Abuse

Saturday, April 26, 2008

engkau dimana?

mana bintang pd siang hari
mana bulan pd subuh sunyi
mana nur pd malam sepi
mana engkau pd saat ini..?


Tag/Label :
Dipostkan @ 08:48 AM | 9 Komen | Report Abuse

Friday, April 25, 2008

Ketam dan Kodok

Ketam ketip kuku kakinya, kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, "kenapa kau ketip kuku kaki kau Ketam..kenapa??Ketam kata, "ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut...kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!" Kodok kentut kekeliruan..

Kodok kata kekalutan, "kdg2 kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?" Ketam ketawa... kah..kah..kh..kih..kih...kih..kuh..kuh..kuh.!! Kodok2..kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan? "Kodok kata kepada Ketam, "Ketam! kenapa kau ketawakan ku?" Ketam kilas, "kelakar!". "Kelakar ke kurang-ajar???" kata Kodok kemarahan...

kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala Ketam kuat kadar kilat. "Kelekuk!!" kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok. Ketam kata, "Kodok2 !!, kenapa kau keperok kepala ku? Kan kesakitan. Kesian Ketam.Kerana kurg ajar kepala kena keperok..kih..kih..kih..

p.s: msg of dis story, JGN KURANG AJAR k..:)

~ hidup biar BERADAB, bukan BIADAP! ~


Tag/Label :
Dipostkan @ 09:05 AM | 10 Komen | Report Abuse

Thursday, April 24, 2008

ARGGH!!

Bagaimana harus aku mulakan dahulu, andai segala bicara dari mulut kau! 
bagaimana mesti aku menjawab soalan, andai segalanya soalan bertubi di kepala!
satu nafasku payah, bicara kau mudah!
mengapa aku dipersalah andai ternyata kau yang silap!
tak perlu kau tutup segala pintu ketakutan, kerana aku tahu tempias didedahkan! 
jelaskanlah!
agar aku mengerti segala2nya, katakan apa saja sebelum aku buka bicara
dan aku masih bersabar walau terbakar! 
tak perlu kata bunga, kau pun tahu aku benci begitu
terima kasih untuk diam mu itu
peluang untuk aku 
tak perlu banyak soal - ambil ini sandal!!
tak perlu banyak sabar - nah penampar!!!

 

 

 


Tag/Label :
Dipostkan @ 07:20 AM | 13 Komen | Report Abuse

Wednesday, April 23, 2008

rajuk

Rajuk diri ini hanya untuk diri sendiri
apa gunanya merajuk jika hanya untuk dipendam
rajuk diri ini mengharap untuk dipujuk
apa gunanya merajuk jika hanya dipandang sepi
 
perlukah diberitahu
yang diri ini sedang merajuk
sedang marah dan amat berkecil hati..Frown
 

~ manusia sering menghargai sesuatu yg sukar diperolehi tetapi melupakan nikmat yg telah tersedia ~


Tag/Label :
Dipostkan @ 08:56 AM | 9 Komen | Report Abuse

Tuesday, April 22, 2008

aku suka biru

Aku suka itu...yang biru
aku mahu kamu...yang biru
mataku di langit tinggi...warnanya biru
bukan mataku, tapi langit itu...yang biru
But how?
Ahh..! Apa nak hirau, aku tak risau
aku lebih gemarkan engkau...Ya..engkau..
Engkau ler!!..
yang hijau..:))


Tag/Label :
Dipostkan @ 09:16 AM | 12 Komen | Report Abuse

Monday, April 21, 2008

' sengal '

ada kesedihan ingin diluahkan
ada sepi ingin dileraikan
ada rindu ingin dilepaskan
ada kasih ingin dicurahkan
ada dendam ingin ditunaikan
ada benci ingin dicampakkan
ada amarah ingin dihamburkan
ada geram ingin dilontarkan!! 


Tag/Label :
Dipostkan @ 09:59 AM | 12 Komen | Report Abuse

Sunday, April 20, 2008

mampukah?

kau terlalu menawan untuk ku tawan
sedangkan kau jauh di balik awan
hanya sesekali , menjeling pada bintang  di langit gelap...  


Tag/Label :
Dipostkan @ 08:18 AM | 6 Komen | Report Abuse

Halaman: < Prev . 1 . 2 . 3 . 4 . 5 . 6 . 7 . 8 . 9 . 10 . Next >
Hakcipta © ekawan.com. Enjin Cari Kawan!™. Semua syarat tertakluk.